Wednesday, 23 October 2013

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN - KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) KALI PERTAMA





Pada 7 hb September 2013 yang lalu, guru-guru SMKSMAB telah diperkenalkan dengan suatu kemahiran iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kursus ini telah dikendalikan oleh seorang fasilitator dari Institut Aminudin Baki iaitu Dr Bala.

Bermula jam 9.00 pagi, semua guru peserta kursus diberi taklimat dan latihan untuk mengaplikasikan teknik berfikir dengan lebih berkesan. Selari dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2015yang mula dilancarkan tahun 2013, KBAT perlu diamalkan oleh semua guru bagi merangsang pemikiran yang lebih kritikal dalam kalangan pelajar.

No comments:

Post a Comment