Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan 1434 Hijrah telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, pada hari Isnin bersamaan 08 hb Ogos 2013 yang lalu. Serentak dengan iti, pelbagai aktiviti kerohanian telah dijalankan bagi mengisi masa lapang di bulan Ramadhan buat semua warga sekolah
Majlis Berbuka Puasa untuk warga sekolah turut diadakan. Majlis ini dilangsungkan di Dewan Asrama sekolah dan dihadiri oleh semua pelajar asrama serta guru-guru. Tujuan utama adalah memupuk hubungan baik antara semua warga sekolah. Solat Tarawih dilangsungkan selepas majlis berbuka di mana semua guru dan pelajar yang hadir turut berjemaah bersama.
Acara kemuncak Ihya' Ramadhan dilangsungkan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dijalankan dengan penuh meriah dan dihadiri oleh bekas pengetua iaitu Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi, YDP PIBG serta Puan Hajah Sharifah Fatimah.
No comments:
Post a Comment